Zahirah Akui Mula Mengorat Aiman Terlebih Dulu Melalui Amelia Henderson

Pelakon jelita, Zahirah Macwilson membuat pengakuan yang dia mula mengorat suaminya, Aiman Hakim Ridza terlebih dahulu melalui rakan artis, Amelia Henderson.

zahirah akui mula mengorat aiman terlebih dulu melalui amelia henderson

Pengakuan itu dibuat sendiri Zahirah menerusi satu rakaman podcast baru-baru ini.

 

Menurut Zahirah, beliau ketika itu sudah mempunyai perasaan terhadap Aiman, meskipun mereka masih belum mengenali antara satu sama lain.

 

“Selepas saya dah bekerjasama dengan Zahirah, saya pergi Korea bersama Aiman untuk satu kempen ini, dan do you remember what you DM me?” tanya Amelia.

zahirah akui mula mengorat aiman terlebih dulu melalui amelia henderson

Zahirah kemudian menjawab ya beliau ingat momen itu dan meminta Amelia untuk sampaikan pesanan ‘hai’ kepada Aiman buat dirinya.

 

“I remember, I DM you and I was like ‘can you say hi to Aiman for me? I have a bigger crush on him’. Muka tak malu tau,” kongsi Zahirah sambil ketawa.

zahirah akui mula mengorat aiman terlebih dulu melalui amelia henderson

Keberanian Zahirah ini meraih pujian Amelia selain memberi pendapat bahawa Aiman ketika itu mungkin bimbang atau kurang bersedia mengajak pelakon tersebut keluar bersama.

 

“Tapi saya rasa ia satu benda yang cool awak pernah buat. Sebab mungkin disebalik tabir yang kita tak tahu di mana satu hari nanti kalau saya jumpa Aiman nak tanya juga.

“Mungkin agak menakutkan juga ajak seseorang keluar bersama, mungkin dia pun macam tak cukup bersedia…

“…tapi saya bersyukur awak lakukan itu. Sebab sis pun nak cuba jadi wingman (woman),” ujar Amelia.

 

@studiosembang best wingwoman in KL award goes to me??? 🤪 sis cuba nasib lol. nothing but laughter and smiles when @Zahirah Macwilson is around. one of the most genuine wonderful people i have ever met in @studiosembang tonight 10mlm on @YouTube @Spotify & @applepodcasts don't miss!! #JomSembang #StudioSembang #fyp #fypシ #Podcast #zahirahmacwilson #ameliahenderson #foryoupage @yes this is amelia 🙄😂 ♬ original sound - Studio Sembang

 

Zahirah dan Aiman selamat mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan kini dikurniakan seorang cahaya mata.

 

Sumber: Astro Gempak (Asyikin Mayudin) , TikTok Studio Sembang