Yusof Haslam Pujuk Puteri Sarah Timbang Semula Keputusan Mahu Cerai

Minggu lalu, isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana nekad mahu memfailkan penceraiannya bersama suami hari ini, Isnin.

syamsul block sebab kerap dimaki, puteri sarah minta suami jangan putar belit cerita

Malah menerusi video yang dimuatnaik Sarah sendiri, beliau juga pernah meminta agar suaminya itu melepaskannya dan tidak rela dimadukan.

 

Bagaimanapun bapa mertua Sarah, iaitu Datuk Yusof Haslam memujuk agar menantunya itu menimbang semula keputusan mahu menuntut cerai daripada anaknya.

 

Datuk Yusof Haslam bagaimanapun akur dengan pendirian Sarah sambil menaruh harapan agar anak dan menantunya itu tidak bercerai.

 

“Saya berbincang dengan Puteri Sarah dan memujuknya untuk mempertimbangkan keputusannya itu.

"Walaupun Puteri Sarah hendak tuntut cerai hinggalah proses perceraian itu berlangsung kerana akan mengambil masa (jika berlaku), saya akan tetap mendoakan semoga perceraian itu tidak terjadi.

"Jika perceraian itu tidak berlaku, saya fikir Syamsul kena banyak buat perubahan dalam hidup kerana hidup ini adalah suatu pengorbanan dan perjuangan," katanya.

 

Dalam perkembangan sama, keputusan untuk memfailkan penceraian yang dibuat Sarah ini adalah atas persetujuan keluarga.

 

Sumber: Gempak