Penyanyi Yuna kini mahu mengambil cuti dengan lebih panjang di Malaysia serta mahu menyumbang semula kepada komuniti seni tempatan.
Menurut Yuna, dia kini dan suami mahu meluangkan masa dengan lebih lama di tanah air.
“Kami memang merancang tinggal lebih lama di tanah air untuk kepulangan kali ini seterusnya ambil langkah memulakan ‘base’ di Kuala Lumpur sebab saya rasa kualiti kehidupan di sini jauh lebih baik.
“Saya pun makin berusia, sudah penat berjalan-jalan. Saya ingin duduk Malaysia dan bersarapan nasi lemak setiap hari.
“Memandangkan saya juga ada beberapa komitmen tugasan, saya putuskan untuk berada di Kuala Lumpur selama tiga bulan iaitu sehingga Oktober,” katanya.
Kini Yuna juga turut diundang untuk menjadi juri program realiti Gimme The Mic yang menghimpunkan 30 TikTokers tempatan.
Sumber: Kosmo