‘Malaysia Tempat Sesuai Untuk Bina Keluarga’ - Yuna Dalam Perancangan Memiliki Zuriat Sendiri

Selepas hampir 15 tahun di Amerika Syarikat (AS), penyanyi terkenal Yuna akui pulang ke malaysia kerana ingin menimang cahaya mata sendiri. 

Menurut Yuna, hasrat untuk memiliki zuriat sendiri sudah lama diimpikannya dan suami sejak enam tahun berkahwin. 

“Memang saya dan Adam sudah lama inginkan cahaya mata. Kami sedang berusaha ke arah itu.

“Tetapi sebelum itu, kami nak buat ‘sarang’ di sini terlebih dahulu. Bina rumah sendiri dan pastikan keadaan betul-betul stabil.

“Kami pernah mencuba sebelum ini untuk dapatkan anak, tetapi belum ada rezeki. Nak buat macam mana? Jadi kami terus tunggu dengan tenang,” katanya. 

Dalam pada itu, Yuna turut merasakan Malaysia adalah tempat terbaik untuknya membina keluarga. 

“Kualiti kehidupan sebagai sebuah keluarga, lebih baik di Malaysia. Di sini rasa lebih selamat, ada sistem sokongan yang kuat daripada keluarga dan teman-teman,” tambahnya. 

Sumber: Kosmo