Yonnyboii Tak Sanggup Tahan Rindu Jika Jauh Dengan Isteri

Penyanyi rap terkenal, Yonnyboii mengakui tidak sanggup menanggung rasa rindu jika perlu berjauhan dengan isterinya dalam tempoh yang lama.

yonnyboii tak sanggup tahan rindu jika jauh dengan isteri

Meskipun sudah hampir setahun mendirikan rumah tangga, suami kepada Nik Nazira Narriman ini berkata mereka tidak pernah lagi berjauhan apatah lagi merasai rindu antara satu sama lain.

 

Yonnyboii, atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 24, turut menganggap tempoh rumah tangganya itu masih dalam fasa berbulan madu dan mereka akan bersama ke setiap lokasi termasuk lokasi kerja.

yonnyboii tak sanggup tahan rindu jika jauh dengan isteri

Katanya, mereka selesa untuk tidak berjauhan dan beliau akan memberi sokongan penuh kepada isterinya jika dia ditawarkan tawaran berlakon.

 

“Selain kerjanya sebagai pempengaruh media sosial, dia juga ada terima tawaran berlakon.

“Saya sokong kariernya dan bangga dengan setiap apa yang dilakukannya.

“Sebenarnya sebelum ini dia ada juga terima tawaran berlakon drama tetapi menolak kerana kami sama-sama tak mahu rasa rindu. Dia utamakan saya,” ujarnya.

 

Tambah Yonnyboii lagi, beliau ingin meluangkan masa sepenuhnya bersama isterinya itu sebelum kehadiran orang ketiga iaitu anak.

yonnyboii tak sanggup tahan rindu jika jauh dengan isteri

“Masih belum ada khabar gembira tetapi sebelum ada anak inilah, kami habiskan masa bersama, berkepit setiap masa.

“Soal anak, kami berserah dan jika ada rezeki, Alhamdulillah,” katanya.

 

Sumber: Kosmo!

ARTIKEL BERKAITAN