Semalam kita telah menyaksikan perlantikan jemaah Menteri dan Timbalan Menteri menerusi pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya. Daripada 70 lantikan itu 10 merupakan YB dari Kelantan.
Yang menjawat jawatan Menteri adalah :
- Menteri Alam Sekitar Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Dato’ Takiyuddin Hassan.
- Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.
- Menteri Pendidikan Dr Radzi Jidin.
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi) Dato’ Sri Mustapa Mohamed.
Bagi jawatan Timbalan Menteri pula adalah seperti berikut;
- Timbalan Menteri Pertahanan Dato Sri Ikhmal Hisham Abdul Aziz.
- Timbalan Menteri Wanita & Keluarga Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff.
- Timbalan Menteri Menteri Alam Sekitar Dato’ Dr Ahmad Masrizal Muhammad.
- Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dato’ Che Abdullah Mat Nawi.
- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary.
Dalam senarai ini, 8 daripada 14 ahli parlimen Kelantan diserap ke dalam barisan kabinet. Manakala 2 lagi dilantik dengan status Senator iaitu Dr Radzi Jidin dan Dato’ Dr Ahmad Masrizal.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata “Secara peribadi, saya sendiri berasa amat gembira dengan pelantikan kali ini, malah ia satu sejarah bagi Kelantan” katanya ketika di hubungi Bernama.
Tahniah diucapkan pada semua “YB klate” yang dilantik!
Adakah Nasi Kerabu dan Nasi Kak Wok akan jadi “main course” untuk meeting mereka? Kalau ya jangan lupa jemput admin taw =P
Oleh Abdul Rahman bin Khairuddin.