Gempa Bumi Kuat Di Filipina, Yazmin Aziz Cerita Terpaksa Dipindah Keluar Dari Hotel

Bekas peserta Big Stage 2022, Yazmin Aziz yang kebetulan berada di Baguio City di pulau Luzon, Filipina menjadi salah seorang rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian gempa bumi kuat di negara itu semalam.

gempa bumi kuat di filipina, yazmin aziz cerita terpaksa dipindah keluar dari hotel

Memetik laporan portal akhbar tempatan, Yazmin terbang ke negara itu untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan baiknya, yang juga atlet angkat berat Filipina, Hidilyn Diaz, yang diadakan di Baguio Country Club pada 26 Julai lalu.

Bagaimanapun, dia terkejut apabila dilanda gempa bumi kuat sehingga menyebabkan dia dan tetamu majlis perkahwinan itu dipindahkan dari bangunan hotel atas dasar keselamatan.

 

 

Menerusi satu hantaran di Twitter semalam, tulis penyanyi berusia 20 tahun itu, “Gempa bumi berukuran 7.3 magnitud membuatkan kami terbangun pada pagi ini. Kami telah dipindahkan dari bangunan Kelab Desa Baguio dan kami masih tidak boleh masuk sehingga diberitahu kelak. Berdoa untuk keselamatan semua orang.”

Dalam pada itu, Yazmin menerusi Twitter miliknya sempat berkongsi yang dia kini telah selamat sampai di Malaysia pada pagi ini.

Menurut AFP, gempa bumi tersebut telah mengorbankan sekurang-kurangnya tiga orang di utara Filipina pada Rabu, merobohkan bangunan, dan menggegarkan menara bertingkat lebih 300 km jauhnya di ibu negara Manila.


Sumber: The Star