Baru-baru ini, penyanyi Haqiem Rusli telah membuat satu hantaran di Instagram sempena ulang tahun perkahwinan ke-2 bersama isterinya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri.
Menerusi hantaran itu, Haqiem berkongsi foto bersama isteri dengan latar belakang Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur (KLCC).
![ucapan ulangtahun perkahwinan haqiem rusli buat isteri macam ada ‘hint’?](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2023-11-21-at-2-23-57-pm.png)
Apa yang menarik perhatian adalah ucapan yang ditulis Haqiem, seakan-akan memberi ‘hint’ bahawa isterinya sedang hamil/
“Happy anniversary to my lovely wife. I like you very much. Just as you are.
Terima kasih jadi peneman setia Akem, menerima segala kelemahan suamimu ini, anda wanita yang kuat. Semoga kita kekal selama-lamanya.
“We love you Sofea,” demikian menurut kapsyen Haqiem di Instagram.
![ucapan ulangtahun perkahwinan haqiem rusli buat isteri macam ada ‘hint’?](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2023-11-21-at-2-23-03-pm.png)
Kapsyen itu nyata mencuri perhatian peminat yang rata-rata meluahkan rasa teruja dan mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia.
Sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan dibuat Haqiem atau isteri berkenaan spekulasi Anis Sofea sedang berbadan dua.
Sumber: Instagram