Wawa Zainal Dijangkiti COVID-19, "Sekarang Baru Merasa, Seksa Juga"

Pelakon Wawa Zainal terpaksa akur selepas mendapati dirinya positif COVID-19 sejak tiga hari lalu.

wawa zainal dijangkiti covid-19, sekarang baru merasa, seksa juga

“Sebenarnya tiga hari lepas saya ada penggambaran dan balik rumah saya demam. Buat ujian kendiri keputusan negatif dan saya ingat saya hanya penat sebab tak cukup tidur.

“Bila masih demam saya buat lagi ujian COVID-19 sekali lagi semalam dan ia menunjukkan positif.

“Tidak pasti saya dapat dari mana kerana setahu saya tiada kontak rapat,” kongsi Wawa kepada Astro Gempak.

Bercerita mengenai simptom COVID-19 yang dialaminya, jelas Wawa, dia mengalami demam panas dan sakit kepala yang agak teruk.

“Selalunya saya jadi kontak rapat sahaja dan belum pernah dijangkiti sehingga ada orang kata saya ni kalis COVID-19.

“Tapi kali ini, kalau Tuhan kata dia nak bagi penyakit tu kenalah, kan? Sekarang ni baru merasa, seksa juga COVID-19 ni.

“Selain demam saya tidak tahan kerana mengalami sakit kepala yang amat kuat. Saya sejenis jarang sakit.

“Bila sakit ni saya tak gemar kalau boleh nak cepat-cepat sembuh,” luahnya.

Meskipun begitu, Wawa bersyukur kerana suaminya, Aeril Zafrel dan empat cahaya mata mereka negatif COVID-19.

“Saya bersyukur setakat ni semua masih terima keputusan negatif bila buat ujian kendiri.

“Saya sahaja kuarantin di dalam bilik rumah ini. Aeril yang akan menjaga anak-anak,” kongsinya.

Terdahulu, pasangannya, Aeril juga pernah dijangkiti COVID-19 sebanyak dua kali dan melakukan kuarantin kendiri di rumah.


Sumber: [1]