Baru-baru ini, pelakon Uqasha Senrose telah berkongsi berita gembira sedang hamil anak pertamanya bersama suami, Kamal Adli, selepas berhadapan dengan dua kali keguguran.
Baca: “Alhamdulillah, Baby 2024,” Uqasha Senrose dan Puteri Aishah Umum Kini Sedang Hamil
Khabar gembira itu dikongsi Uqasha menerusi hantaran di Instagram, dan mendapat ribuan komen daripada peminat, termasuk juga rakan artis.
Antara yang dilihat meninggalkan komen adalah bekas penyampai radio Sinar yang juga pelakon wanita, iaitu Siti Elizad Mohd Sharifuddin.
“Alhamdullillah syukur nikmat adik cantik. Happy for you!,” demikian menurut aktres berusia 39 tahun itu pada ruang komen di Instagram
Rata-rata warganet dilihat sepakat mendoakan Elizad agar memperoleh rezeki zuriat, selepas beliau dua kali gagal dalam rawatan kesuburan in-vitro fertilisation (IVF) sebelum ini.
Baca juga: Dua Kali Gagal IVF, Siti Elizad Dah Reda Soal Zuriat, “Umur Pun Nak Masuk 40,”
Sumber: Instagram