Usia 79 Tahun Masih Semangat Habiskan PhD di Universiti Terengganu

Pembelajaran tidak akan habis sampai ke hujung usia. Itu yang boleh diucapkan apabila melihat kepada semangat seorang warga emas berusia 79 tahun yang masih bersemangat untuk menamatkan pengajian peringkat doktor falsafah di sebuah universiti di Terengganu.

usia 79 tahun masih semangat habiskan phd di universiti terengganu

Christine Longuet atau nama Islamnya, Rohani Abdullah, 79, wanita kelahiran Paris, Perancis, kini menetap di Kampung Pulau Duyung, Terengganu untuk 51 tahun lamanya.

.

Sejak dari itu, beliau sudah cukup sebati dengan kehidupan dan tradisi budaya masyarakat setempat.

usia 79 tahun masih semangat habiskan phd di universiti terengganu

Menurut beliau, sejak kali pertama menjejakkan kaki ke hampung itu, hatinya sudah tertarik dengan kehidupan masyarakat tempatan dan kagum dengan kesenian terutamanya tradisi membuat bot dan perahu layar.

.

Beliau yang kini sedang menyambung pelajaran di peringkat PhD dalam jurusan Etnobotani di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berharap dapat menyiapkan pengajiannya ini dalam waktu terdekat.

.

Beliau sebelum ini memperoleh sarjana dalam seni bina di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, berasa amat sukar untuk meninggalkan Terengganu kerana sudah lama menetap di kampung berkenaan dan juga kerana minatnya mendalam terhadap seni budaya tempatan.

.

Katanya, ketika awal ketibaannya di Malaysia, beliau belajar untuk bertutur Bahasa Melayu dengan tukang-tukang membuat perahu layar di tebing Sungai Terengganu, sebelum berkahwin dengan warga tempatan pada 1977.

usia 79 tahun masih semangat habiskan phd di universiti terengganu

"Saya mengambil masa hampir lima tahun untuk pandai berbahasa Melayu dan saya berkahwin dengan suami (Allahyarham) Wan Osman Wan Abdullah yang juga anak imam di kampung ini ketika berusia 34 tahun pada 1977.

"Hasil perkongsian hidup dengan arwah, saya dikurniakan empat cahaya mata berusia 37 hingga 45 tahun.

"Budaya masyarakat Melayu amat menarik dengan kehalusan seni bina, kehidupan bermasyarakat yang utuh membuatkan saya tertarik untuk terus menerap di negeri ini," katanya.

.

Tambah lagi beliau juga pernah menulis beberapa naskah seperti Puisi Duyung Pulau Rakyat, koleksi puisi tempatan dan Amanah: Journey An Architect iaitu buku mengenai hasil arkitek tempatan, Nik Mohamed Mahmood.

Semoga kisah warga emas ini menjadi pendorong semangat kepada ramai untuk terus menuntut ilmu tanpa mengira usia.

 

Sumber: [1]