Wany Hasrita Terima Pesanan Netizen, Enggan Terlalu Tayangan Kebahagiaan Rumah Tangga Di Media Sosial

Penyanyi popular tanah air, Wany Hasrita menerima baik nasihat para netizen yang memintanya supaya tidak terlalu menunjukkan kebahagiaan rumah tangga bersama pasangannya di media sosial selepas mereka sah bergelar suami isteri.

wany hasrita terima pesanan netizen, enggan terlalu tayangan kebahagiaan rumah tangga di media sosial

Memetik laporan portal akhbar tempatan, pelantun lagu “Menahan Rindu” itu berkata dia berterima kasih atas sokongan dan doa baik-baik yang diberikan netizen buat dirinya serta suami, Mohd Al-Adib Fahmi Harun, sejak tersebarnya berita mengenai perkahwinan mereka.

“Saya akan cuba yang terbaik dalam menjaga rumah tangga kami yang baru dibina ini. Lagi pula, sebenarnya ibu saya juga selalu pesan , ‘bahagia jangan tunjuk, derita pun jangan tunjuk’. InsyaAllah, saya akan berkongsi (di media sosial) apa yang patut saja dan berpada-pada. Selebihnya, memang untuk karier.

“Apapun, saya juga sebenarnya agak gementar nak bercakap mengenai perkara ini (perkongsian peribadi di media sosial), sebab bimbang kalau-kalau terbuat selepas ini. Tapi, saya pun setuju sebenarnya dengan peringatan netizen berhubung hal sebegini,” ujarnya.


Sumber: HMetro

ARTIKEL BERKAITAN