Wany Hasrita Sebak Nyanyi Menahan Rindu Kerna Berjauhan Dengan Suami

Penyanyi, Wany Hasrita mengakui rasa sebak apabila menyanyikan lagunya berjudul Menahan Rindu selepas terpaksa berhubung jarak jauh bersama suaminya yang berada di Kuching, Sarawak.

wany hasrita sebak nyanyi menahan rindu kerna berjauhan dengan suami

Menurut Wany, beliau belum terfikir untuk meninggalkan dunia seni suara meskipun terpaksa berulang alik ke Kuching bagi bertemu suaminya, Mohd Al Adib Fahmi.

 

Wany juga kini sedang menyesuaikan diri dan saling belajar untuk memahami perhubungan jarak jauh, serta tidak menolak berkemungkinan akan menetap di Kuching nanti.

 

“Saya masih menyesuaikan diri. Dulu, ingat senang hubungan jarak jauh. Bila sudah jadi suami isteri, baru tahu sukarnya menahan rindu. Tetapi, insya-Allah, saya dan suami okay sahaja. Saling belajar.

“Kelakarnya, saya tidak pernah sebak bila menyanyikan lagu Menahan Rindu.  Tetapi, apabila kali pertama menyanyikan lagu itu selepas nikah, terus sebak. Berbeza betul sebelum dan selepas nikah.

“Sekarang, dialah ‘rumah’ saya. Bila ada kelapangan masa, saya akan turun ke Kuching atau dia yang akan ke Kuala Lumpur. Kami kena pandai susun masa dan apabila dapat bertemu, saya memang tidak sentuh telefon langsung,” katanya.

wany hasrita sebak nyanyi menahan rindu kerna berjauhan dengan suami

Mengulas mengenai tawaran persembahan bersama Datuk Jamal Abdillah pada 29 Oktober di Kangar, Wany tidak sabar untuk melakukan yang terbaik meskipun gementar kerana ini adalah kali pertamanya berada di Perlis.

 

Sumber: Utusan