Single terbaharu Swipe nyanyian Alyph seperti yang kita tahu kini memang sedang jadi satu trend di media sosial. Mana tidaknya, ramai pengguna Tiktok kini turut sama menyanyikan lagu Swipe ni.
Bahkan, rakan artis juga ramai yang memuat naik video menyanyikan lagu swipe ni di akaun media sosial mereka.
Tidak terkecuali, penyanyi jelita Wany Hasrita juga turut menyertai fenomena ini, tapi yang lebih menarik perhatian apabila Wany dilihat menyanyikan lagu swipe guna versi arab. Memang kelakar lah!
Rata-rata komen netizen pun semuanya terhibur dengan nyanyian Wany Hasrita ni.

Sumber: Tiktok @biskotwh_