Penyanyi, Wany Hasrita, 30, mengakui tidak berasa rimas meskipun kerap diajukan soalan berkaitan kehamilan dan anak.
Menurutnya, ia adalah perkara biasa dalam masyarakat selepas seseorang itu mendirikan rumah tangga.
“Saya faham tanggungjawab masing-masing termasuk pihak media yang sering bertanyakan soalan berkaitan kehamilan dan cahaya mata.
“Apa yang saya boleh katakan ialah, apabila tiba masa yang sesuai, saya akan umumkan perkara itu jika saya hamil.
“Suami saya juga serahkan hal ini kepada saya jika disahkan hamil, dia terbuka dengan perkara ini dan tidak mengongkong.
“Meskipun dia sibuk dengan kerjayanya, Adib tidak putus-putus memberi semangat dan mahu saya lakukan yang terbaik.
“Buat masa ini, tiada apa-apa lagi yang ingin dikongsikan dan saya juga masih sibuk dengan karier seni termasuklah persembahan nyanyian,” katanya seperti dipetik dari Astro AWANI.
Menurut penyanyi itu lagi, jika ada berita gembira mengenai kehamilannya nanti, beliau berpendatan lebih sesuai berkongsikan ia ketika usia kandungan berusia lima atau enam bulan kerana keadaan bayi yang lebih stabil ketika itu.
Dalam pada itu, Wany turut memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Terdahulu, Wany Hasrita atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah telah selamat menjadi isteri kepada Mohd Al-Adib Fahmi Harun pada 22 Julai 2022 disebuah lokasi yang terletak di Damansara Perdana.
Sumber: Astro AWANI