Wanita Warga Emas Berusia 104 Tahun Selamat Divaksin

Biarpun pergerakannya terbatas, namun tiada apa yang dapat menghalang seorang wanita berusia 104 tahun daripada mendapatkan vaksinasi COVID-19 di sebuah hospital di Taiping, Perak.

wanita warga emas berusia 104 tahun selamat divaksin

Dikenali sebagai K. Letchemy, wanita warga emas ini ditemani dua cucunya untuk menerima suntikan dos pertama vaksin Pfizer.

Kata cucunya, Dr K. Thangamani, 59, neneknya itu faham akan tujuan suntikan vaksin setelah diperjelaskan mengenai kebaikannya oleh keluarga mereka.

“Kita sering menunjukkan dan menerangkan pada dia pasal penyakit COVID-19 dan untuk mempertahankan (diri) daripada COVID-19 ini kerajaan menyediakan vaksin.

“(Bahkan) kita tunjuk pada nenek laporan media, jadi nenek faham dan bersetuju sehinggalah dapat tarikh (suntikan) hari ini.

“Setakat ini nenek saya okey. Saya sangat gembira selepas nenek menerima vaksin ini untuk mempertahankan diri sendiri dan juga keluarga sebab (kehadiran) nenek saya ini sangat penting untuk kami sekeluarga,” kongsi Dr K. Thangamani.

Tambahnya lagi, beliau yang telah menjaga neneknya itu selama 20 tahun mengatakan, biarpun telah berusia 104 tahun, K. Letchemy yang dahulunya seorang penoreh getah di sebuah estet swasta tidak pernah memiliki sebarang sejarah penyakit berbahaya.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN