Wanita Mengaku Jalin Hubungan Dengan Aliff Aziz Sejak Januari , Siap Kongsi Video Mesra Bersama

Sekali lagi, nama penyanyi dan pelakon Aliff Aziz hangat semula selepas pendedahan seorang wanita yang mengaku dirinya adalah kekasih Aliff. 

Menerusi perkongsian wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine di Instagram, hubungan mereka mula terjalin sejak Januari lalu dan dakwaan ini adalah untuk menceritakan perkara sebenar kerana tidak sanggup melihat Aliff dicerca keseorangan.

“Saya merupakan kekasih kepada Aliff Aziz sejak Januari 2024. Betul, apa yang dilakukan Aliff itu salah. Salah tetap salah tapi Aliff tak berhak dituduh keseorangan begitu kerana apa yang saya lihat di media sosial hanya Aliff yang banyak dikecam, dibenci dan dikeji”, katanya. 

Menurut Sarah, mereka berdua mula berkawan dan sering berhubung di laman sosial kerana aktor itu sering mengadu tentang masalah rumah tangganya bersama isteri, Bella Astillah.

 

 

Malah, hubungannya dengan Aliff dikatakan masih rapat sehinggalah pada hari Aliff dan Ruhainies ditangkap khalwat.

“Semasa hari itu berlaku, saya berada di Kuala Lumpur sepatutnya Aliff berjumpa dengan saya pada malam itu. Tapi Aliff diamkan diri sehinggalah berita mengenai dia keluar di media sosial dan membuatkan saya terkejut”, tambahnya. 

Bukan itu sahaja, Aliff juga dikatakan menumpang di rumahnya selama sebulan sepanjang Aliff sedang dalam penggambaran tanpa pengetahuan Bella dan Ruhainies.

Sumber: Gempak