Niat Nak Selamatkan Ibu, Wanita Temui Maut Akibat Disambar Buaya Ketika Memancing

Mayat wanita yang dilaporkan disambar buaya di Kampung Tanjung Bulat, Sabah akhirnya ditemui.

niat nak selamatkan ibu, wanita temui maut akibat disambar buaya ketika memancing

Mangsa, Norsila Sayong, ditemui penduduk kampung bersama pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 6.35 pagi, 31 Julai lalu.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin, penduduk kampung yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat itu terdengar pergerakan reptilia tersebut sebelum memaklumkan kepada pihak bomba.

“Pasukan SAR kemudiannya bergerak ke lokasi dilaporkan sebelum menemui tubuh mangsa dalam keadaan kurang sempurna.

“Lokasi penemuan kira-kira 800 meter dari tempat mangsa dilaporkan disambar buaya.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya kepada akhbar tempatan.

Minggu lalu, media tempatan melaporkan mangsa yang berusia 32 tahun december buaya ketika memancing di tebing sungai itu, sekitar jam 3.40 petang pada 30 Julai.

Mangsa difahamkan cuba menyelamatkan ibunya daripada disambar buaya.


Sumber: HMetro

ARTIKEL BERKAITAN