Gadis Mangsa Rentung, Sempat Luah Hasrat Berhenti Kerja Tanpa Sebab Beberapa Hari Sebelum Pergi Selamanya

Seorang wanita berusia 20 tahun ditemui maut selepas kenderaan yang dinaiki­nya ditemui terbakar akibat berlanggar dengan sebuah lori di Kilometer 85, Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja dekat Setiu, Terengganu.

gadis mangsa rentung, sempat luah hasrat berhenti kerja tanpa sebab beberapa hari sebelum pergi selamanya

Memetik laporan portal akhbar tempatan, mangsa yang dikenali sebagai Nurul Emylia Natasha Zulkifli, sempat menyuarakan hasrat untuk berhenti kerja tanpa menyatakan alasan berbuat demikian, hanya beberapa hari sebelum kejadian.

“Dia (Yaya) seorang yang ceria dan sering berkongsi semua perkara kepada keluarga, namun sikapnya mula berubah menjadi pendiam sejak seminggu lalu le­bih-lebih lagi apabila menyatakan hasrat untuk berhenti kerja.

“Yaya juga ada mengajak rakan-rakannya keluar ke pasar malam sehari sebelum kejadian untuk membeli chicken chop ke­rana dia teringin sangat de­ngan hidangan itu,” kata sepupu mangsa, Nor Intan Liana Nordin, 38.

Kongsi Nor Intan Liana lagi, pada hari kejadian arwah keluar untuk menghadiri taklimat khas pengambilan lesen memandu di sebuah institusi memandu di Bachok bersama seorang kenalan lelakinya dan mereka berdua mungkin ke Kuala Terengganu selepas itu.

Ahli keluarga mereka hanya mendapat tahu tentang tragedi terbabit kira-kira pukul 7 malam selepas menerima panggilan telefon daripada pihak polis.

Jenazah Nurul Emylia disolatkan di Masjid Kampung Pulau Lima di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tebing Tinggi selepas solat Asar pada Ahad lalu.

Sementara itu, pemandu kenderaan terbabit, Mohammad Ikhwan Hakim Daud, 21, yang merupakan kawan Nurul Emylia dan pemandu lori, Mohd. Noridzuan Zainudim, 28, hanya mengalami kecederaan pada bahagian leher selepas berjaya menyelamatkan diri.

Menurut Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin, mereka kini dirawat di unit kecemasan hospital.

Kes kemalangan itu sedang disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Sumber: Kosmo

 

ARTIKEL BERKAITAN