Wanita Hilang RM20,000 Lepas Muat Turun Aplikasi Palsu

Teknologi canggih masa kini bukan sahaja memudahkan urusan hidup, malah turut menggalakkan lagi kes penipuan dan kecurian dalam talian.

.

Terbaru, seorang wanita berusia 47 tahun telah dilaporkan menjadi mangsa penipuan iklan atas talian apabila memuatnaik satu aplikasi pada telefon pintarnya.

wanita hilang rm20,000 lepas muat turun aplikasi palsu

Kejadian berlaku selepas mangsa yang dikenali sebagai Yap, terjumpa iklan servis pembantu rumah di Facebook.

.

Beliau yang tertarik dengan harga murah servis berkenaan telah menekan iklan tersebut dan membawanya kepada aplikasi WhatsApp.

.

Yap kemudian berborak dengan wakil jualan, sebelum memberikan maklumat peribadi serta diberikan satu pautan untuk memuatnaik aplikasi khas mereka.

.

Menerusi aplikasi itu, Yap diminta untuk membuat pembayaran sebelum servis pembantu rumah disahkan kepadanya.

.

Menurut Yap, ketika dalam aplikasi berkenaan, beliau dibawa kepada laman perbankan dan cuba untuk membuat pemindahan wang, namun dakwanya gagal.

.

Yap kemudian memeriksa akaun banknya menggunakan komputer riba dan mendapati RM7,500 telah hilang tiba-tiba, Malah, dua lagi transaksi menerusi akaun bersama anaknya bernilai tiap satu RM7,500 dan RM5,500 turut dilihat berlaku tanpa pengetahuannya.

.

Beliau yang sedar telah menjadi mangsa penipuan segera membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

.

Taktik penipuan yang dikenali sebagai pishing ini melibatkan pemindahan wang berlaku tanpa disedari mangsa kerana aplikasi atau laman web yang digunakan seakan sama seperti yang asli. Aplikasi yang dimuatnaik juga membolehkan scammer mempunyai akses penuh kepada telefon pintar mangsa, termasuklah SMS bagi mendapatkan nombor keselamatan TAC.

.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mudah tertipu dengan sebarang iklan yang ditawarkan secara atas talian, serta tidak memuatnaik aplikasi menerusi saluran tidak sah.

.

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN