“Apa Lagi Patut Saya Buat Untuk Orang Nampak Bakat Saya” - Wani Kayrie Tak Kisah Dianaktiri Dalam Industri

Penyanyi yang pernah membuat persembahan di majlis Anugerah Televisyen Asian Ke-28 di Ho Chi Minh, Vietnam, Wani Kayrie akhirnya berjaya menarik perhatian ramai. Ramai yang memuji bakat nyanyian Wani yang berjaya membawa nama negara ke peringkat antarabangsa. 

Namun,  reaksi berbeza di dalam negara apabila bakat Wani seolah-olah ‘dianaktiri’. Menurut Wani, situasi sebegitu hanya wujud dalam segelintir pihak yang masih belum melihat bakat dan kemapuan sebenar dirinya.

“apa lagi patut saya buat untuk orang nampak bakat saya” - wani kayrie tak kisah dianaktiri dalam industri

“Soal ‘dianaktirikan’ dalam negara, tak rasa sebegitu. Mugkin ada segelintir kategori kumpulan yang melihat saya sebagai penyanyi biasa tak sama hebat dengan artis lain yang ada dalam Malaysia.

“Sedikit sebanyak agak sedih juga. Saya sampai terfikir, macam mana nak buat agar orang nampak bakat saya. Sedangkan kalau orang yang kenal saya, saya sudah bertanding dari sekolah rendah lagi. Malah pernah menjadi juara program pertandingan realiti kanak-kanak. Termasuk menyertai banyak pertandingan di Astro, tapi orang masih tak nampak.

“Saya pun tak tahu di mana silapnya. Tetapi rasa sedih juga. Sebab sampai sekarang saya cuba sehabis baik untuk ketengahkan kemampuan, tapi itulah hanya orang yang betul-betul hargai bakat kita akan nampak,” katanya.

Wani yang menjadi tetamu pada SYOK Podcast Confession Bilik Gelap turut mendedahkan dia pernah menjadi ‘mangsa’ pilihan terakhir bagi sebuah pertandingan realiti. Saksikan episod penuh di sini: