"Ibu Shuib Yang Suruh Panggil Mama" - Wan Sharmila Jawab Spekulasi Jalin Hubungan Cinta Dengan Shuib

Nama Wan Sharmila menjadi tular baru-baru ini susulan dikaitkan dengan Shuib selepas memanggil ibu kepada pelawak itu dengan gelaran ‘Mama’ dalam satu video baru.

ibu shuib yang suruh panggil mama - wan sharmila jawab spekulasi jalin hubungan cinta dengan shuib

Pelakon berusia 40 tahun itu bagaimanapun mengaku yang dirinya tidak mengambil serius terhadap usikan warganet yang cuba ‘menjodohkannya’ bersama Shuib.

Menurut Wan Sharmila, ibu Shuib, Salamiah Jalani yang mahu dirinya digelar Mama. Justeru dia hanya memenuhi permintaan tersebut sebagai tanda hormat terhadap individu yang lebih berusia.

“Ibu Shuib yang suruh panggil Mama. Takkan saya nak menolak, nanti dianggap kurang sopan pula. Dia sudah bahasakan diri Mama, jadi saya turutkan sahaja.

“Saya tidak rimas pun apabila warganet terus menerus mahu menjodohkan saya dengan Shuib. Terpulang, hak masing-masing,” katanya kepada satu portal akhbar tempatan.

Ditanya mengenai status dirinya sekarang, jawab Wan Sharmila, dia masih belum mempunyai sesiapa.

“Saya masih single,” ujarnya.

 

Sumber: Utusan

ARTIKEL BERKAITAN