Wan Raja Dedah Pernah Alami Nafas Pendek, Tak Boleh Tidur, “Saya Kurus Sebab Masalah Ini..”

Pelakon, Wan Raja atau nama sebenarnya Saiful Redzuan Abu Bakar, 44, mendedahkan berat badannya turut sebanyak 10-kilogram bukan sebab diet, tetapi disebabkan masalah GERD.

wan raja dedah pernah alami nafas pendek, tak boleh tidur, “saya kurus sebab masalah ini..”

GERD atau refluks gastroesofagus adalah masalah berkaitan gastrik kronik, mula dialami Wan Raja sejak fasa PKP akibat pandemik COVID-19 sebelum ini.

 

Menurutnya, akibat daripada GERD itu, beliau tidak boleh makan sembarangan kerana jika tersalah makan ia akan membawa kesan yang teruk.

 

Disebabkan kurang makan, maka beratnya berkurang daripada 80-kilogram kepada 70-kilogram sekarang.

 

Mengulas lanjut mengenai GERD itu lagi, Wan Raha berkata dia pernah mengalami serangan ‘anxiety’ yang teruk hingga menyebabkan dadanya mencucuk, tidak boleh tidur dan nafas menjadi pendek.

 

Wan Raja berkata beliau juga sebolehnya elak untuk memandu jarak jauh atau ‘out station’ kerana bimbang dengan penyakit yang dihadapinya ini.

 

Terbaharu, Wan Raja akan tampil membawa watak sebagai Datuk Misbun Sidek dalam filem terbitan Astro Shaw dan Art2 Pictures berjudul Gold.

wan raja dedah pernah alami nafas pendek, tak boleh tidur, “saya kurus sebab masalah ini..”

Selain Wan Raja, filem Gold yang menceritakan kisah benar pemain badminton, Cheah Like Hou yang menghidap ‘brancial plexus paralysis’ namun berjaya mencipta sejarah menang emas di Sukan Paralimpik, bakal menampilkan barisan pelakon seperti Jack Tan, Farid Kamil, Freddie Ng, dan Lynn Lim.

 

Sumber: HMetro