Walaupun Dah Boleh Mandi Kolam Tapi Jangan Abaikan SOP Dan Penjarakan Sosial

walaupun dah boleh mandi kolam tapi jangan abaikan sop dan penjarakan sosial

Sebelum pergerakan kawalan memasuki fasa pemulihan atau lebih dikenali sebagai PKPP, banyak aktiviti di sekat dan tidak boleh dilakukan. Aktiviti bersifat air seperti mandi di kolam renang juga turut tidak dibenarkan.

Bagaimanapun, kerajaan telah membenarkan aktiviti riadah di kolam renang yang membabitkan kolam renang awam, di hotel, kondominium, komuniti berpagar atau kawasan terkawal serta persendirian bermula 1 Julai lalu.

Namun, kanak-kanak masih tidak digalakkan untuk melakukan aktiviti riadah kolam renang dan ibu bapa bertanggungjawab dalam pengawasan anak-anak demi keselamatan mereka. Pihak pengurusan kolam renang perlu melakukan pendaftaran bagi tujuan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Setiap lokasi kolam renang perlu mematuhi syarat antaranya, menyediakan pengawal keselamatan untuk memastikan keselamatan pengguna, mengawal masa pengguna dan mengawal jumlah pengguna dalam kolam renang.

Oleh itu, dalam keseronokan dapat kembali ke kolam renang jangan diabaikan segala SOP yang telah ditetapkan. Ingat tau, segala SOP ini adalah untuk kebaikan kita bagi mengelakkan virus COVID-19 kembali tersebar.

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: rileklah