Tiada Lagi 48 Jam, Waktu Bekerja Mingguan Di Malaysia Bakal Dikurangkan Tak Lama Lagi

Rakyat Malaysia yang bekerja di negara ini bakal menyaksikan pindaan Akta Pekerjaan yang akan dikurangkan dari 48 kepada 45 jam bermula 1 September 2022.

tiada lagi 48 jam, waktu bekerja mingguan di malaysia bakal dikurangkan tak lama lagi

Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim, pindaan tersebut adalah untuk menjaga kebajikan pekerja dan memberikan kelonggaran dalam waktu bekerja, selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa.

“Selain itu, pindaan itu turut memperkenalkan seksyen baharu mengani pengaturan kerja yang fleksibel, bagi membolehkan pekerja memohon kepada majikan untuk menjalankan kerja mengikut kesesuaian waktu bekerja, hari bekerja atau tempat kerja, termasuk bekerja dari rumah untuk situasi kecemasan seperti Pandemik COVID-19.

“Setakat hari ini, tiada cadangan atau penglibatan untuk kita tetapkan empat hari bekerja seminggu, di peringkat kementerian,” katanya ketika menjawab soalan Senator Md Nasir Hashim mengenai pendirian kerajaan terhadap empat hari bekerja dalam seminggu, khususnya dalam sektor swasta, seperti mana yang dilaporkan Bernama.


Sumber: The Star

ARTIKEL BERKAITAN