Wajah Disamakan Dengan Usahawan Kosmetik Popular? Ini Respon Iman Troye

Penyanyi, Iman Troye mengakui tidak kisah andai orang ramai menyamakan wajahnya dengan seorang usahawan kosmetik popular tanah air.

wajah disamakan dengan usahawan kosmetik popular? ini respon iman troye

Menurut Iman, 20, beliau tidak berasa wajah mereka sama, namun sentiasa menyambut baik pendapat orang ramai meskipun wajah mereka berbeza.

 

“Saya tak rasa muka kami sama dan tak kisah bila ramai yang menyamakan wajah kami.

"Saya pun suka saja duduk dengan beliau (usahawan kosmetik popular itu) sebab dia sangat baik. Saya pun panggil dia mama, jadi tiada masalah pun," katanya.

wajah disamakan dengan usahawan kosmetik popular? ini respon iman troye

Iman bagaimanapun berpendapat mungkin bahagian bibirnya yang mempunyai persamaan dengan usahawan kosmetik popular itu, namun tidak kisah atau berasa hati dengan pendapat orang ramai mengenainya.

 

Dalam pada itu, penyanyi muda ini kini dilantik sebagai duta sebuah pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar SPM.

 

Sumber: HMetro