Penyanyi, Bella Astillah baru-baru ini telah berkongsi foto selfie terbaharunya menerusi akaun media sosial X, hingga mencuri tumpuan ramai.
Mana tidaknya, wajah Bella disifatkan warganet sebagai sangat mirip dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, suatu ketika dahulu.
“1994 Babies, we’re turning 30 soon,” tulis Bella, ringkas pada kapsyen.
Tak kurang ada juga warganet yang memuji kecantikkan wajah Bella Astillah yang kelihatan muda, meskipun usia bakal mencecah 30, tahun hadapan.