Wafariena Akui Sedang Bercinta Tapi Belum Terfikir Lagi Nak Kahwin

Pelakon, Wafariena akui dirinya kini sedang bahagia menjalin hubungan cinta bersama seorang jejaka yang juga ahli perniagaan.

wafariena akui sedang bercinta tapi belum terfikir lagi nak kahwin

Menurut pemilik nama sebenar Wafariena Roslan, 28, beliau lebih selesa merahsiakan identiti jejaka berkenaan dan akan memperkenalkan kepada umum selepas hubungan mereka memasuki fasa serius.

 

“Saya berkawan dengan semua orang, cuma sekarang saya rapat dengan seorang lelaki yang bukan orang dalam industri seni, sebaliknya lelaki biasa dan merupakan ahli perniagaan.

“Buat masa ini, saya juga tak dapat kongsikan lebih lanjut mengenai jejaka yang sedang saya kenali itu, apabila dah nak kahwin baru saya akan perkenalkan kepada umum.

“Kami sudah berkawan lebih setahun dan masing-masing serius dengan hubungan ini, insha-Allah jika jodoh kami panjang, maka hubungan ini akan dibawa ke peringkat seterusnya,” katanya.

wafariena akui sedang bercinta tapi belum terfikir lagi nak kahwin

Tidak menolak untuk berkahwin, tambah Wafariena lagi, beliau menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT.

 

“Setiap wanita ingin melalui fasa bujang ke alam rumahtangga, namun apa yang boleh saya katakan, sasaran untuk berkahwin itu belum ada lagi.

“Perihal jodoh ini susah untuk diulas lanjut kerana perkara tersebut bukan di bawah kawalan kita. Jadi, saya serahkan kepada Allah sebaik-baik perancang.

“Saya sejujurnya agak kekok untuk berkongsi hal peribadi kerana merasakan biarlah hanya saya dan keluarga sahaja yang tahu.  Risau banyak kemungkinan boleh terjadi, cukuplah setakat ini saya kongsikan,” ujar Wafariena.

wafariena akui sedang bercinta tapi belum terfikir lagi nak kahwin

Pelakon kelahiran Pulau Pinang itu sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta bersama pelakon, Syazuwan Hassan, namun jodoh mereka tidak berpanjangan dan memilih untuk membawa haluan masing-masing.

 

Sumber: HIB Glam