Memandangkan sekarang ni musim durian, semua benda nak dijadikan dan digabungkan dengan durian.
Baru-baru ini, pada 30 Jun, seorang vlogger dari Kanada, Trevor James yang dikenali sebagai The Food Ranger di Facebook telah berkongsi satu videonya mencuba makanan unik di Pulau Pinang. Nama makanan tersebut ialah nasi goreng durian Musang King dan sambal belacan.
Dalam video tersebut, dia menunjukkan bagaimana durian Musang King itu digunakan dalam nasi goreng. Kalau ikut akal macam tak masuk kan gabungan dia makan ni? Tapi bila tengok gambar ni nampak menyelerakan pula.
Cuba korang tengok vlog ni:
Sumber: mothership.sg