Penyanyi, Muhammad Hairi Amin bin Hamdan atau lebih dikenali sebagai MK K-Clique baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai menerusi satu video pendek di Tiktok.
Suami kepada Siti Hajar ini dilihat mengenakan abaya milik isterinya, sambil membuat satu pertunjukan fesyen dengan memperagakan pakaian tersebut.
Tindakan bersahaja MK nyata disambut oleh tawa Siti Hajar yang melihat keadaan itu.
Rata-rata netizen yang melihat telatah MK turut terhibur dan tidak menyangka perangai MK itu serupa dengan suami mereka. Malah, ada netizen yang kagum dengan Siti Hajar kerana mampu menahan dari ketawa besar apabila melihat telatah suaminya seperti itu.
Suami anda macam ni juga ke?
Sumber: Tiktok