Pasangan selebriti, Fattah Amin dan Fazura telah mencuri perhatian ramai menerusi satu video yang dimuatnaik di Tiktok.
Mereka yang berpakaian seragam sekolah ketika itu mahu menonton konsert penyanyi popular Indonesia, Melly Goeslaw di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Video berkenaan menunjukkan Fattah dalam keadaan berhati-hati cuba memasukkan jarum peniti pada tudung isterinya.
"Susah hendak masukkan jarum peniti di tepi bahagian muka ni. Awak (Fattah) kena hati-hati jangan tercucuk pipi saya pula.
"Lipatan bawah tu kena dilipat kena gaya, kalau tidak nampak tembam muka saya nanti,” kata Fazura.
Dalam video tersebut, Fattah dilihat tenang dan sabar sambil memasukkan jarum, manakala Fazura seperti tidak senang duduk dan tidak dapat menahan sabar.
"Untunglah suami penyabar, isteri tak berapa. Mana sibuk pipi nampak tembam ke tak, mana nak buat sendiri pula. Haih… Apa pun, saya sayang awak, Fattah Amin," tulis Fazura pada kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut terhibur melihat aksi pasangan selebriti itu yang romantis.
Terdahulu, Fattah Amin dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.
Sumber: Tiktok