Baru-baru ini tular di media sosial Tiktok menunjukkan gelagat seorang artis Malaysia mempamerkan sejumlah wang tunai yang disimpannya dalam sebuah peti sejuk.
Video yang dikongsikan penyanyi berusia 25 tahun, Ariff Bahran menerusi akaun Tiktok nyata telah mencuri perhatian warganet yang rata-rata mempertikaikan tindakannya seperti itu.
“Kalau kau lapar perlu duit ke perlu makanan?” tulis penyanyi yang popular dengan lagu ‘Kata Akhirmu’ ini.
Dalam video berbeza, turut dilihat Ariff sedang membawa sejumlah wang tunai, dipercayai dari sebuah bank.
Difahamkan, penyanyi itu kini sedang melakukan perniagaan perdagangan atau disebut sebagai trader.
Terdahulu, Ariff Bahran atau nama sebenarnya Muhammad Ariff Bahrain Ahmad Azhari memulakan kerjaya sebagai penyanyi ketika berusia 16 tahun selepas menyertai sebuah pertandingan nyanyian berkumpulan. Beliau juga pernah menyertai program Big Stage pada tahun 2018, namun tersingkir di separuh akhir.
Sumber: Tiktok