Vanessa Ben Reynauld baru-baru ini telah mendapat anugerah sebagai Artis Baharu Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23).
Bagaimanapun penampilan penyanyi itu pada malam anugerah berkenaan telah menjadi buah mulut netizen dek kerana skirt belah yang menampakkan bahagian kakinya.
Namun menurut bintang berusia 22 tahun itu, soal imej dan penampilan terpulang kepada individu dan baginya apa yang digayakan itu tidaklah terlalu seksi dan mencolok mata.
"Memang begini 'look' untuk busana ini. Namun, bagi saya tidaklah dikatakan terlalu seksi. Kaki jer pun... Tak kan kaki pun nak tergoda.
"Terpulang kepada individu itu bagaimana mereka mahu serlahkan penampilan. Untuk saya sendiri, memang suka mencuba (pemakaian).
"Namun tidak yang terlalu seksi, cuma kebelakangan ini, saya rasa lebih yakin untuk lebih berfesyen dalam penampilan.
"Kalau netizen nak bataskan perkara itu terhadap saya, rasanya ia tidak patut. Jadi apa yang saya pakai selagi tidak melampau, saya okay saja," katanya.
Tambah penyanyi lagu Rindu Separuh Nyawa duet bersama Naqui itu lagi, segala kritikan terhadapnya tidak membuatkan dirinya lemah, sebaliknya menjadikan dirinya bertambah kuat.
Sumber: HMetro