Vaksin Sinovac Untuk Kanak-Kanak 5 Hingga 11 Tahun Diluluskan

Vaksin "CoronaVac Suspension for Injection COVID-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated" keluaran Sinovac Life Sciences Co Ltd, China dan Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd, Malaysia kini diluluskan penggunaannya kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

vaksin sinovac untuk kanak-kanak 5 hingga 11 tahun diluluskan

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dengan memaklumkan kelulusan bersyarat itu dipersetujui dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-370 yang bersidang semalam.

 

Ia merupakan vaksin COVID-19 kedua yang diluluskan untuk penggunaan bagi golongan kanak-kanak lingkungan usia tersebut, sama seperti kelulusan yang diberi kepada vaksin Comirnaty pada 6 Jan lalu.

vaksin sinovac untuk kanak-kanak 5 hingga 11 tahun diluluskan

Tambah lagi, mesyuarat itu juga memberi kelulusan pendaftaran bersyarat kepada produk Paxloid (PF-07321332 150mg Film-Coated Tablets and Ritonavir 100mg Film-Coated Tablets) untuk rawatan COVID-19 kepada golongan dewasa berumur 18 tahun dan ke atas yang tidak memerlukan terapi oksigen serta berisiko tinggi untuk mendapat gejala teruk.

 

Bagaimanapun, penggunaannya bukanlah bertujuan menggantikan vaksin COVID-19 atau tindakan kesihatan awam terutamanya pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

 

Sumber: [1]