‘Dapat Seposen Pun Bersyukurlah’ - Uyaina Arshad Tegur Individu Pertikai Isu Jumlah Duit Raya

Viral di Tiktok sebelum ini, ada segelintir pihak yang mempersoalkan jumlah duit raya yang diberikan. Pelakon Uyaina Arshad menegur individu berkenaan untuk tahu apa erti bersyukur. 

“Dapat seposen (10 sen) sekali pun, terima dan bersyukurlah”, katanya. 

Menurutnya, amalan memberi duit raya kepada kanak-kanak atau individu lain bukanlah sesuatu yang wajib dan bergantung kepada kemampuan pemberi.

‘dapat seposen pun bersyukurlah’ - uyaina arshad tegur individu pertikai isu jumlah duit raya

Manakala kepada penerima pula, kita seharusnya menerima pemberian tersebut dengan terbuka dan ikhlas. 

“Kalau orang itu tak bagi sekali pun, tidak berdosa. Ikut suka hati dia nak bagi atau tidak dan ikut suka hati dia bagi berapa pun,” katanya menerusi InstaStory.

Mengulas isu yang tular kisah seorang bapa terkejut anaknya menerima duit raya RM3 sahaja. Uyaina meminta orang ramai untuk tidak mengeruhkan keadaan hanya kerana nilai duit raya yang kecil.

“Tolong jangan buat teruk, terpaling entitled,” tambahnya.

Sumber: Kosmo