Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad dilihat teguh dalam pendiriannya berhubung isu kemanusiaan melibatkan serangan rejim zionis keatas bumi Palestin.
Menerusi Instagram, Uyaina dilihat mengajak semua tanpa mengira status dan bilangan pengikut di media sosial, untuk terus bersuara mengenai peperangan yang berlaku di negara bergolak itu.
“Influencer ke.. Selebriti ke.. Atau orang yang tak ada ramai followers sekali pun.. Jangan berdiam diri tentang peperangan ini. Ini sebenarnya adalah tanggungjawab kita bersama bukan hanya kerana agama, tetapi atas dasar KEMANUSIAAN.
“Jangan kata ‘taknak masuk campur’ atau ‘taknak pilih pihak.’ Setiap satu daripada suara kita akan & mampu mencipta gelombang yang mampu melawan #Israhell di alam maya. Kerana sekali kita memilih untuk berdiam, kita dah termakan dengan propaganda #Israhell yang memang nak masyarakat dunia DIAM & tak memberikan apa2 perhatian terharap Palestine,” kata Uyaina.
Tambah beliau lagi, mereka yang berkemampuan adalah digalakkan untuk memberi sumbangan derma bagi membantu mereka yang terkesan di bumi Palestine.
“Tapi paling utama, titipkan doa buat mereka di bumi #Palestine. Semoga kemelut ini akan berakhir,” ujar beliau.
Sumber: Instagram Uyaina