Ustaz Kazim Undur Diri, Kuli Masih Beraksi!

Menarik! Ada yang memang dah dijangka, ada jugak kejutan. Mungkin tu yang boleh dirumuskan lepas pengumuman calon Barisan Nasional (BN) bagi PRU15. Tapi dalam banyak-banyak, kemunculan nama Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim dalam senarai nama calon antara yang paling menangkap mata. Beliau akan bertanding di Parlimen Larut. Tapiii…2 kali kejutan nampaknya! Sebab tak sampai 24 jam Ustaz Kazim diumumkan tarik diri dari bertanding. Alasan? Belum diketahui. Berita diumumkan Badan Perhubungan UMNO Perak. Ustaz Kazim digantikan dengan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Larut, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud. Kalau tak, Ustaz Kazim sepatutnya dijangka berdepan calon Perikatan Nasional (PN) yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin di Larut.

ustaz kazim undur diri, kuli masih beraksi!

Ada satu lagi kisah menarik. Tengku Razaleigh Hamzah. Otai masih berbisa! Veteran UMNO ni yang mesra digelar Ku Li tak berlebihan kalau dikatakan berada dalam kelas tersendiri bila sekali lagi diangkat sebagai calon BN bagi Parlimen Gua Musang. Ku Li, 85 tahun, kini merupakan Ahli Parlimen paling lama berkhidmat di negara ini! Berapa lama tu? 48 tahun! Ya hampir separuh abad! Sejak 1974 sampailah sekarang. Legenda & untouchable

Cerita pasal PRU15 memang menarik. Bersilang antara jangkaan dan kejutan, juga harapan rakyat. Jom mengundi. Yang perlu turun, turunlah. Yang perlu balik kampung baliklah. Kita sama-sama pilih pemimpin yang prihatin jaga rakyat, mampu bela agama dan bijak tadbir negara. 

 

Oleh: KJ 

Rujukan & gambar: AWANI, Sinar Harian, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo & internet