Ekoran daripada penularan di media sosial berkenaan data peribadi dalam aplikasi MySejahtera yang kononnya akan dijual, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai untuk tidak bimbang.
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, kerahsiaan data orang ramai adalah terjamin dan KKM akan sentiasa memastikan aspek itu tidak dikompromi.
.
Sejak beberapa hari lalu, media sosial menjadi hangat dengan berita mengenai data pengguna aplikasi MySejahtera yang dijual oleh pihak tidak bertanggungjawab hingga mengundang kemarahan orang ramai.
.
Bagaimanapun, Khairy memberi jaminan bahawa data MySejahtera adalah dibawah penyeliaan KKM sejak ia mula digunakan dan segala pengurusan data akan melalui proses tadbir urus data yang telah ditetapkan oleh kementerian.
.
Segala penggunaan dan pengurusan data pada aplikasi itu juga perlu mematuhi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Akta Perubatan 1971 dan piawaian antarabangsa.
.
Ia sekaligus menjamin data MySejahtera tidak boleh dikongsi oleh KKM dengan mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.
.
Tambah lagi, transaksi data daripada aplikasi MySejahtera akan dimuat naik ke jaringan pelayan awan (cloud server network) setiap hari dan hanya boleh diakses untuk kegunaan aplikasi MySejahtera sahaja.
.
Maka, tidak timbul isu data dijual kepada pihak lain dengan KKM komited memastikan data peribadi pengguna aplikasi tersebut dirahsiakan.
Sumber: [1]