Ira Kazar meluahkan rasa syukur selepas semua urusan perceraiannya bersama Syamsul Yusof di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini berjalan dengan lancar.
Menurut Ira, sama seperti bekas suaminya dia selaku plaintif juga tidak akan memberi sebarang komen mengenai kes perceraiannya hari ini.
“Alhamdulillah semuanya sudah selesai. Minta maaf (enggan komen).
“Saya okey, alhamdulillah,” katanya ringkas.
Ira yang diwakili peguam syarie, Mohammad Fadhil Abdul Razak juga kelihatan tenang selepas keluar dari dewan bicara.
Hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, di sini mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh pengarah sensasi, Syamsul terhadap Ira ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri.
Peguam syarie mewakili Syamsul, Azmi Mohd. Rais berkata, Ira melanggar taklik sebanyak lima kali sejak 14 Ogos lalu.
Sumber: Kosmo