“Apa Salah Saya Buat Dekat Orang Lain?,” Uqasha Senrose Menangis Sebab Sakit Hati

Pelakon, Uqasha Senrose meluahkan rasa sedih selepas terdapat individu yang mengaitkannya dengan pemergian seorang wanita yang sebelum ini mendakwa dibuli oleh aktress tersebut.

“apa salah saya buat dekat orang lain?,” uqasha senrose menangis sebab sakit hati

Menerusi siaran langsug Tiktok, Uqasha berasa geram kerana dituduh sedemikian rupa.

 

“Saya menangis bukan sebab lemah, tetapi geram teramat sangat. Apa salah saya buat dekat orang lain?

“Saya dah lalui macam-macam dalam industri seni ini. Saya menangis bukan sebab sedih tetapi sakit hati dengan hati dan mulut orang. Kalau ada salah saya, bagitahu depan-depan.

“Media sosial bukan medium untuk buka aib sesiapa. Kalau tidak melibatkan anda, jaga kata-kata. Jangan masuk campur. Kawan dia baru meninggal dunia, cakaplah benda elok-elok.

“Sebelum mengaku itu adalah salah faham, untuk apa ciap begitu? Siap petik nama saya sekali? Boleh bersemuka, cari jalan untuk jumpa saya. Bukan begini caranya,” ujar Uqasha.

 

Tambah Uqasha beliau berasa ralat kerana tidak sempat untuk berjumpa dengan Allahyarham untuk merungkai dakwaan buli seperti yang dilemparkan terhadapnya sebelum ini.

“apa salah saya buat dekat orang lain?,” uqasha senrose menangis sebab sakit hati

“Saya ralat sebab tak sempat jumpa dia. Saya sendiri tidak tahu. Mungkin saya tak layan dia langsung ketika zaman sekolah atau macam mana? Saya tak tahu kepastian.

“Tak sempat untuk saya berjumpa, bercakap dan bersemuka. Kes yang didakwa berlaku itu sudah 15 tahun berlalu. Ada yang didakwa itu juga mengacau emosi saya,” katanya.

 

Terdahulu, Uqasha dikaitkan dengan dakwaan buli apabila seorang wanita mendakwa pernah dibuli aktress berkenaan ketika zaman sekolah.

 

Tidak berdiam diri, Uqasha membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut yang kemudiannya meminta maaf dan mahu berbaik semula dengan Uqasha.

 

Namun baru-baru ini, individu yang mengaku teman rapat wanita tersebut membuat ciapan seolah-olah menyalahkan Uqasha atas kematian sahabatnya itu.

 

Sumber: Utusan Online