“Dua kali hamil, Saya Dan Suami Tak Tahu” - Uqasha Senrose Pernah Keguguran

Pelakon jelita, Uqasha Senrose baru-baru ini berkongsi yang dirinya pernah dua kali mengalami keguguran. 

“Selepas mengerjakan umrah, saya mengambil keputusan untuk buat pemeriksaan di hospital. Doktor minta saya buat ujian kehamilan dan alat tersebut menunjukkan ada dua garis yang menunjukkan saya hamil, cuma kandungan itu memang dah tak ada,” katanya.

Menurut perkongsian isteri kepada pelakon Kamal Adli itu, kali pertama dia mengalami keguguran adalah ketika sedang mengerjakan umrah pada awal tahun lalu manakala kali kedua pada November. 

“Dua kali hamil, memang kedua-duanya saya dan suami tidak tahu, malah saya dapat lagi buat pelbagai aktiviti.

“Untuk kehamilan yang pertama, saya pun tak tahu usia kandungan, cuma yang kali kedua ni saya sempat hamil dua bulan,” kongsinya.

Bila bertanya tentang perancangan untuk hamil lagi, Uqasha memberitahu yang pasangan ini kini sedang terlibat dengan penggambaran, jadi mungkin mereka perlu membuat perancangan terlebih dahulu. 

“Bukan tak nak mengandung dalam masa terdekat, tetapi sekarang ini sudah terikat dengan jadual. Cuma sekarang ini saya rasa lega sebab tahu yang saya boleh mengandung, cuma buat masa ini belum ada lagi rezeki saya dan Kamal,” tambahnya.

 

Sumber: Awani