Kamal Adli Parah Dipukul, Uqasha Senrose Dedah Mesej Ugutan Pada Suaminya

Pelakon, Kamal Adli dilaporkan cedera parah selepas diserang seorang individu tidak dikenali di Singapore Expo Hall, Singapura, malam tadi.

 

Perkara itu disahkan oleh isterinya, Uqasha Senrose menerusi hantaran di Instagram.

kamal adli parah dipukul, uqasha senrose dedah mesej ugutan pada suaminya

Menurut Uqsaha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, insiden itu berlaku ketika mereka ingin pulang selepas terlibat dalam sebuah acara di sana.

 

Ujar Uqasha, seorang lelaki tiba-tiba memanggil nama Kamal sebelum memukulnya berkali-kali di bahagian kepala, muka dan badan dengan cotar dan senjata tajam sehingga cedera parah.

kamal adli parah dipukul, uqasha senrose dedah mesej ugutan pada suaminya

Malah menerusi Instagram Story, Uqasha turut berkongsi tangkap layar mesej berbaur ugutan oleh individu tidak dikenali yang mengugut mahu membunuh Kamal Adli.

kamal adli parah dipukul, uqasha senrose dedah mesej ugutan pada suaminya

Lelaki yang menyerang Kamal juga kini telah berjaya ditahan pihak berkuasa Singapura.

 

Memetik laporan daripada Kosmo! Online, lelaki berkenaan turut memberi ugutan pada Uqasha dan keluarganya.

 

“Paling seram dia turut menjerit meninggalkan amaran kepada kami sekeluarga supaya berjaga-jaga dan memberitahu ada individu yang menghantarnya untuk menyerang kami.

“Bila dia dah ditangkap oleh orang awam, dia berikan beberapa alasan antaranya, kononnya dia dihantar oleh satu pihak.

“Kemudian, katanya dia ada isu peribadi dengan Kamal dan bila ditanya lagi, dia beritahu bahawa dia cemburu apabila Kamal berkahwin dengan saya.

“Hal yang menjadi kerisauan kami, dia sempat memberikan ugutan kepada kami. Katanya, dia ingat wajah kami termasuk adik beradik saya dan akan menanggung akibatnya.

“Kalau dia ada cota dan senjata tajam, tak mustahil dia ada senjata api juga. Depan polis pun dia berani berikan ugutan,” kongsi Uqasha pada Kosmo! Online.

kamal adli parah dipukul, uqasha senrose dedah mesej ugutan pada suaminya

Sumber: Kosmo! Online / Instagram