“Alhamdulillah, Baby 2024,” Uqasha Senrose dan Puteri Aishah Umum Kini Sedang Hamil

Tahun 2024 nampaknya bakal memberi pelbagai kenangan buat kebanyakkan kita.

 

Terbaharu, dua selebriti tanah air, Uqasha Senrose dan juga pelakon, Puteri Aishah mengumumkan berita kehamilan mereka dan bakal menimang cahaya mata pada tahun 2024 ini.

 

Puteri Aishah Binti Sulaiman, 30, yang juga salah seorang bekas peserta Dewi Remaja 2013/2014, berkongsikan video bersama suami, Muhammad Firdaus Sulaiman, dengan mengumumkan kehamilan anak pertama mereka, selepas berkahwin pada 21 November 2021 lalu.

“alhamdulillah, baby 2024,” uqasha senrose dan puteri aishah umum kini sedang hamil

“The butterflies he used to give me turned into tiny feet,” tulis beliau pada kapsyen, sambil mengusap perut pada video tersebut. Namun tidak dapat dipastikan berapa usia kandungan Puteri Aishah ini.

 

 

Dalam perkongsian di Instagram juga, Uqasha Senrose, 31, turut mengesahkan kini sedang berbadan dua dan bakal bergelar ibu tidak lama lagi.

“alhamdulillah, baby 2024,” uqasha senrose dan puteri aishah umum kini sedang hamil

Uqasha, yang juga isteri kepada pelakon Kamal Adli, sebelum ini pernah berdepan dengan keguguran sebanyak dua kali, akui berdebar untuk menjadi seorang ibu.

 

“Nervous (berdebar) dari nak menjadi isteri, sekarang berdebar untuk menjadi seorang ibu pula.

“Ramai yang tanya kenapa Qasha tidak jawab-jawab sebab dah (pernah) gugur jadi saya takut. Oleh itu, lebih baik saya sendiri yang cakap,” jelasnya.

 

 

Uqasha dan Kamal Adli yang telah mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021, turut berterima kasih kepada peminat untuk doa yang diberikan kepadanya.

 

Sumber: Instagram