Jadi Platform Kesihatan Awam, Ayuh Kita Update Aplikasi MySejahtera!

Aplikasi MySejahtera, yang pada mulanya diperkenalkan untuk membantu usaha mengekang penularan COVID-19 pada tahun 2020, kini telah ditambah baik untuk menjadi platform kesihatan awam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

jadi platform kesihatan awam, ayuh kita update aplikasi mysejahtera!

Menurut KKM, sebagai permulaan dua ciri baru telah diperkenalkan di aplikasi MySejahtera, iaitu ciri untuk paparan rekod saringan kesihatan dan ciri untuk paparan rekod imunisasi di MySejahtera bermula dengan bayi yang dilahirkan selepas 1 Julai 2022.

.

Dengan pengenalan ciri rekod kesihatan dan imunisasi di aplikasi MySejahtera, ia akan memudahkan orang ramai menyimpan rekod kesihatan mereka secara digital, dengan akses rekod yang lebih mudah, dan dapat mengatasi masalah kehilangan buku imunisasi atau tiada simpanan rekod saringan.

.

Bagi menikmati ciri ini, orang ramai dinasihatkan untuk mengemas kini aplikasi MySejahtera menerusi gudang aplikasi pada telefon bimbit masing-masing.

.

Menurut KKM, MySejahtera akan menawarkan pelbagai lagi perkhidmatan berkaitan kesihatan seperti tren kesihatan, tempahan janji temu kesihatan, perkhidmatan telekonsultasi, input saringan kesihatan kendiri, ikrar menderma organ, urusan berkenaan preskripsi atau ubat-ubatan dan lain-lain lagi.

Sumber: KKM

ARTIKEL BERKAITAN