Untuk Mereka Yang Sedang Mencari Kerja, Sektor Perladangan Memerlukan 500,000 Pekerja

untuk mereka yang sedang mencari kerja, sektor perladangan memerlukan 500,000 pekerja

Impak PKP ni memang dahsyat. Ekonomi terumbang-ambing, banyak syarikat yang terpaksa meminimumkan kos pengurusan dan sebagainya. Kesannya, banyak yang terpaksa berhadapan dengan pengangguran.

Tapi jangan risau, masih ada sektor yang memerlukan pekerja. Perladangan antara sector yang terbesar di negara kita dan sektor ini masih memerlukan 500,000 pekerja.

Menurut Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, dianggakar terdapat 220,000 pekerja tempatan dan 265,397 pekerja bukan tempatan yang bekerja dalam sektor ini. Menterinya Datk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Malaysia memerlukan hampir sejuta pekerja untuk bekerja di 7.14 juta hektar tanah perladangan.

Buat masa ini, kemasukan pekerja asing ke dalam sektor ini terpaksa diberhentikan kerana pandemik COVID-19. Jadi, inilah peluang warga tempatan untuk memenuhi kekosongan.

Sumber: Astro Awani

ARTIKEL BERKAITAN