Universiti Malaya Bubar 20 Kursus Yang Tidak Lagi Relevan

Universiti Malaya (UM) kini telah menghentikan sebanyak 20 program akademiknya selepas mendapati ia tidak lagi relevan dengan keperluan kerjaya masa kini.

universiti malaya bubar 20 kursus yang tidak lagi relevan

Pembubaran 20 kursus itu akan bermula pada sesi pengajian 2021/2022 sekaligus memastikan graduan UM akan memenuhi kehendak industri semasa.

.

Pemansuhan itu melibatkan pelbagai peringkat pengajian, dengan 13 program tidak popular dan bilangan graduan rendah, serta tujuh lagi berikutan keperluan penawaran program baharu.

.

Antara senarai kursus yang dimansuhkan itu adalah seperti:

Sarjana Muda Sains Bioinformatik

Sarjana Muda Sains (Sains Bahan)

Sarjana Muda Sains Biokesihatan

Sarjana Muda Sains Pengajian Sains dan Teknologi

Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)

Sarjana Pendidikan (Pendidikan Sains)

Sarjana Pendidikan (Pendidikan Matematik)

Sarjana Pendidikan (Perancangan dan Pentadbiran)

Sarjana Kepimpinan Pendidikan

Sarjana Kejuruteraan Sistem Kuasa

Sarjana Sains Perubatan (Fisiologi)

Sarjana Penyelidikan Ekonomi

Sarjana Penyelidikan Pentadbiran Awam

.

Menurut Naib Canselor UM, Prof Datuk Dr Mohd Hamdi Abd Shukor berkata pemansuhan itu turut mengambil kira tahap populariti, graduan yang rendah, program akademik yang tidak berdaya saing serta kriteria yang ditetapkan oleh Kajian Indeks Kelestarian Program (IKP).

.

Selain itu, UM turut menjenamakan semula 50 program akademik lain, dengan 26 program ditawarkan dengan nama baharu, 19 program digabungkan dengan nama baru, 4 digabungkan dengan nama sedia ada dan 1 mod baharu.

.

Sumber: [1]