Beberapa hari lalu, hangat diperkatakan mengenai isu putus kawan melibatkan Nad Zainal bersama beberapa kawan baiknya seperti Nabila Huda dan Sharifah Sakinah.
Baca: “Maaf Tanya, Siapa Ni?,” Komen Nabila Huda Pada Video Nad Zainal Raih Perhatian
Isu timbul selepas kenyataan dibuat Nad Zainal sendiri yang memberitahu enggan lagi ambil kisah dengan isu remeh, seperti pergaduhan dalam persahabatan.
Ketika isu masih panas, suami Nad Zainal iaitu Ungku Ismail Aziz telah berkongsi kata-kata yang ditujukannya kepada penggosip dan juga penyebar fitnah.
Kata-kata nasihat itu dikongsikan beliau menerusi Instagram Story menulis supaya individu yang difitnah tidak perlu menghiraukan apa yang berlaku, sebaliknya bersyukur kerana mendapat pahala ‘percuma’ daripada si penggosip.
“Orang yang dibelakangmu suka membicarakan aib dan kekuranganmu, mencari-cari kesalahan atau kadang memfitnahmu. Mungkin dia akan membahayakan duniamu. Tapi yang jelas, ia sangat bermanfaat buat akhiratmu kerana dipindah pahalanya.
Maka biarkan saja, biar dia meneruskannya. Berbaloi kan, dapat pahala percuma tanpa ibadah?,” demikian ayat yang dikongsikan beliau.
Meskipun tidak ditujukan kepada sesiapa, namun warganet percaya ia ada kena mengena dengan isu yang melibatkan isterinya bersama kawan-kawan artis lain.
Terdahulu, Nabila Huda menjelaskan dirinya tidak mengenali Nad Zainal, malah Sharifah Sakinah turut berkata akan memadam semua posting yang pernah dibuat beliau sewaktu kawan baiknya itu berada di hospital pada November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Baca juga: Kini Giliran Sharifah Sakinah Pula Luah Rasa Kecewa Terhadap Nad Zainal
Sumber: Instagram