‘Lelaki Cepat Rimas, Jadi Saya Tak Contact Suami Ketika Giliran Marissa’ - Umisya Mazlan

Umisya Mazlan yang juga madu kepada pempengaruh Marissa Dania Hakim berkongsi bahawa dirinya tidak akan menghubungi suaminya, Ahmad Aslam ketika gilirannya bersama isteri kedua. 

Menurut Umisya, dia berbuat demikian untuk tidak mengganggu emosi yang boleh mencetuskan pergaduhan.  

“Apabila giliran di sana, di sini (Umisya) hanya tak peduli (hal) masing-masing sebab lelaki ini cepat rimas.

“Untuk saya tak berfikir dan nak elak yang bukan-bukan, saya tak hubungi Aslam, tak mengganggu atau apa-apa, hanya tak peduli. Itu tip saya.

“Sebab kalau ‘contact’, kita ada rasa untuk tanya yang bukan-bukan. Nak elakkan emosi dan pergaduhan lebih baik tak payah tanya,” katanya. 

Bukan itu sahaja, Umisya juga redha selepas memilih untuk kekal dalam perkahwinan poligami dan berharap agar orang ramai tidak akan membuat perbandingan antara dirinya dengan Marissa.

Sumber: Kosmo