Umisya Mazlan, Aslam Bakal Timang Anak Ketiga Tidak Lama Lagi

Tidak lagi bersembunyi, pempengaruh Umisya Mazlan akui dia dan suaminya Aslam bakal menerima kehadiran cahaya mata ketiga. 

Berita ini terbongkar selepas Umisya sedang mempromosikan pelembab kulit sebelum berkata produk tersebut sesuai digunakan untuk wanita mengandung, sekali gus mengesahkan dirinya sedang hamil.

“Satu benda yang saya takkan tinggalkan adalah rutin penjagaan muka.

“Saya akan gunakan pelembab dari saya mengandung anak pertama hingga ketiga ini.

“Yang penting sesuai untuk ibu mengandung, sebab itulah saya pakai,” katanya. 

Namun, madu kepada Marissa Dania itu tidak mendedahkan usia kandungannya. 

Sumber: Kosmo