Selalunya kalau terjumpa ular sawa ni, semestinya kita akan panggil bomba untuk selesaikan? Tapi lain pula yang berlaku di Jalan Kangkar Tebrau, Johor.
Seekor ular sawa seberat 30 kilogram telah datang sendiri membawa diri ke Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat negeri itu.
Menurut anggota bomba, haiwan sepanjang 2.5 meter tersebut di kawasan kafe sekitar jam 6.20 pagi oleh pekerja landskap.
Berdasarkan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau, Penolong Kanan Penguasa Bomba ( PKPgB), Saiful Bahri Safar, ular sawa itu telah ditangkap menggunakan penjerut. Kemudian haiwan tersebut dilepaskan ke kawasan yang jauh dari kediaman.
Sumber: Sinar Harian